Friday, February 27, 2009

cuba-mencuba

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum…….


Hari itu aku dipinta oleh seorang sahabat baik ku Syed Ahmad namanya. Di pintaku untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidupku. Sebenarnya bukanlah suatu yang begitu besar. Hanya mengajak aku untuk berkecimpung sekali dalam dunia blogger. Dalam rasa taraddud dan iringan rasa kurang yakin pada diri sendiri aku terfikir apa salahnya jika aku mencuba.

Dulu aku berfikiran mengapalah hendak diceritakan kepada awam tentang buah fikiran kita dan pengalaman peribadi kita? Sengaja mendedahkan diri untuk ringankan perasaan, bersedia mendapat teguran serta kritikan dari pengunjung-pengunjung blog yang kadangkala ringan mulut untuk memberikan kutukan… apabila diutarakan soalan itu pada Ahmad, salah seorang sahabat saya yang sudah lama berkecimpung dalam dunia ber-blog ini. Cuma satu jawapannya mudah, "ceritakan saja tentang sesuatu yang kita suka", mengapa pula ada perasaaan terpaksa…. Jadi tulis itu Cuma santai-santai saja… orang akan rasa senang membaca tulisan yang ikhlas yang datang dari hati penulis, kata orang dari hati jatuh ke hati kan?
Jadi oleh kerana ini posting pertamaku dan aku pun sememangnya tidak tahu di garisan mana harus aku mulakan… hari pun sudah senja. Laungan muazzin pun sudah sayup-sayup kedengaran melaungkan panggilan kepada manusia, seruan kejayaan untuk hamba-hamba Allah yang bersaksi beriman kepada Allah dan Rasulnya …
Moga permulaan ini menjadi permualaan yang baik untuk ku dalam mencuba sesuatu yang "baru"…. 


Note: Jumpa lagi di lain posting… 