Friday, January 8, 2010

AROMA SARANG WALET



Suara Burung Walet kembali berbunyi seawal jam 6.00AM. Alhamdulillah lepas lama tak pulang ke Terengganu, sebenarnya aku rindu pada semua, rindu juga pada keriangan suaranya, walaupun pada awalnya aku tahu ianya Cuma bunyi CD PLAYER kicauan lagu nikah kahwin, tapi ianya betul-betul menasyikkan telinga yang mendengar apabila suara kaset bersilang siur dengan sahutan burung walet. CD tu aku dapat sendiri dari Pak Fatich ketika berkursus burung walet di Indonisia. Nama album itu dinamakan sendiri oleh Pak Fatich marzuki.

Samaran hebat itu diperoleh kerana fungsinya yang meransangkan walet untuk lebih cepat mencari pasangan. Keluar sahaja dari rumah ke halaman belakang, kelibat burung walet berpusing-pusing berkejaran riang. sungguh menenangkan fikiran. Tak sia-sia aku dan abah bekerja keras untuk siapkan projek perkongsian pintar menusia dan walet ini 3 tahun lepas, sekarang Alhamdulillah makin menampakkan hasil yang cukup lumayan….

Setelah matahari sedikit meninggi, kumpulan walet tu berpecah membawa haluan masing-masing. Mencari serangga-serangga halus untuk di jadikan makanan…. Hehe petang nanti sebelum maghrib, aku takkan lepaskan peluang sekali lagi untuk menikmati suasana walet pulang ke sarang. Memang cukup indah…. Kalau terlalu leka, alamatnya boleh terlepas solat maghrib…..

Lewat pukul 11am aku keluar ke rumah walet pakde, bawa sekali dengan AROMA PENGGALAK SARANG aku isikan saje dalam balang system penyembur dalam bangunan dan terus sembur.. malas pula nak guanakan cara manual, mulanya tak tertahan dengan baunya, tapi apabila sudah terlalu biasa buat kerja ni hidung dah mati bau. Apa yang penting, dengan aroma ini lah yang membuatkan sang walet makin cepat untuk bersarang. Sebelum sembur dengan aroma, walet Nampak macam takut dan malu untuk bersarang.

inilah keadaan dari dalam waktu aroma disembur

Berbusuk-busuk dahulu, bersenang-senang kemudian… bila burung dah cukup padat nanti tak perlu disembur lagi. Sebab burung walet sudah kenal rumah sendiri dan sudah terbiasa dengan suasana di dalam sarang.

sekadar berkonsi ilmu dengan pengusaha sarang burung layang-layang lain
tapi kalau ade yang berminat dengan aroma hebat ini anda boleh hubungi saya..
harganya cuma RM96 ringgit. Tidak termasuk kos penghantaran
bagi yang berminat untuk memberi 10 liter keatas...
harganya masih boleh durunding insyallah.... Tetapi bergantung juga pada harga semasa..

CARA MENGGUNAKANNYA
Semburkan WALET AROMA ke bahagian sirip kayu tempat burung walet ingin bersarang. Berikan tumpuan yang khusus pada bahagian permulaan pintu masuk dan pada tapak yang tinggi potensi bersarang. Seperti, sirip kayu yang sudah ada kesan najis walet di bawahnya. Kerana ia manandakan walet telah menjadikannya tempat tidur. Tetapi lebih baik jika disembur pada keseluruhan sirip kayu sarang walet.
Semburkan WALET AROMA sekurang-kurangnnya empat atau dua kali sebulan diperingkat awal pembinaan sarang. Kerana WALET AROMA mampu menggalakkan burung walet supaya lebih cepat membuat sarang serta mampu menghilangkan rasa asing dan stres burung walet.
Jika inginkan penjimatan, campurkan dengan satu liter air ke dalam setiap satu liter WALET AROMA.

Tuesday, August 18, 2009

CORETAN PERJALANAN NO-2


MENANTI HARI HARI
Hari itu fikirku seperti hari-hari biasa dalam hidupku. Bangun tidur, mandi, solat dan bergaduh seketika dengan along dalam membantu ummi menguruskan kerja-kerja harian sebelum ke sekolah... kami adik-beradik pun bertolak ke sekolah.. sampai ke kelas aku pun bersiap sedia untuk belajar.. tapi suasananya pelik.. ustaz yang mengajar juga belum hadir… kelas sudah mula riuh rendah dengan gelak tawa kawan-kawan… sesekali terdengar suara si ketua kelas memberikan amaran supaya semuanya diam….

Seketika kemudian datang sorang ustaz ke kelasku dan meminta aku mengikutinya… aku tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku? Sesampainya aku di bahagian kelas atas.. baru aku tahu rupanya-rupanya semua ustaz-ustazah berada di dewan ini… ada program rupanya… majlis perpisahan pelajar Darul Taqwa ke Pakistan.. aku diminta duduk di bahagian hadapan bersama kawan-kawan yang akan berangkat ke sana bersamaku… aku ambil tempat duduk dan aku dah lupa apa sebenarnya apa yang meraka bicarakan… yang aku fikirkan bila agaknya aku boleh berlepas kesana secepat mungkin… tak sabar pula aku merasai pengalaman yang baru....

Wednesday, July 22, 2009

DIALOG DUTA PRANCIS DENGAN SHEIKH ABDUL MAJID ZANDANI




Pernah suatu ketika duta besar prancis di Yaman menziarahi saya.. dan ini lah hasil dari perbualan tersebut:-

Duta: Hai tuan sheikh, adakah kehidupan ini telah betul-betul sempurna?

Sheikh: Belum lagi!!!

Duta : Bagaimana pula dengan agama? Adakah agama islam itu sudah sempurna?

Sheikh : Ya sudah tentu sudah sempurna..

Duta : Bagaimana agama boleh sempurna!!! Sedangkan manusia kan semakin berkembang maju dan moden? Bukankah agama terhad untuk sempurnakan hajat manusia yang semakin maju dengan bentuk yang baru?

Sheikh : Emmm…. Tuan duta, adakah bentuk mata tuan masih sama dengan mata manusia yang hidup pada zaman Muhammad dan nabi isa a.s?

Duta : Ya…. Bentuk yang sama...

Sheikh : Adakah bentuk anggota tubuh tuan masih juga sama seperti bentuk anggota tubuh manusia yang hidup pada zaman dahulu, yang hidup dizaman Muhammad dan Isa a.s?

Duta : Ya sudah tentu sama…, takkanlah sudah berubah dan bertukar…

Sheikh: Emmm…. adakah manusia sekarang mempunyai perasan cinta dan kasih sayang,.. perasaan benci,… takut… dan perasaan tamak haloba?

Duta : Emm… ya sudah tentu..

Sheikh : So.…, adakah manusia yang pernah hidup pada zaman nabi Muhammad dan juga Isa A.S punya perasaan seperti kita? Maksud saya, Punya perasaan kasih sayang, cinta, benci, takut dan tamak?

Duta : Ya betul…. Sama..

Sheikh: Emmm…. jadi jika begitu, bentuk perasaan diri kita di zaman moden dan meraka yang hidup dizaman dahulu tidak pernah pun berbeza dan bertukar!

Duta : Ya! saya setuju….

Sheikh: O.K!... jika tuan setuju, bentuk anggota tubuh dan perasaan manusia yang hidup pada zaman moden yang serba canggih ini, tetap sama dengan pembentukan diri dan perasaan orang yang hidup dizaman Nabi Muhammad S.A.W dan nabi Isa….

Duta: Mmmm…. Betul..betul!!!

Shiehk: Tuan duta,.. jika sekiranya kita mempunyai sejuta buah kerata Janis Marsedec, keluaran terbaru dan dari jenis yang sama… disertakan juga dengan ketalog yang sama, khas untuk model itu….

Adakah katelog tersebut boleh digunakan untuk mana-mana kerata dari sejuta buah kerata itu?

Duta: Ya… selagimana model yang sama… ciptaan yang sama.. maka sudah tentu katelog juga sama… dan katelog yang satu itu sesuai digunakan untuk semua kerata dari jenis yang sama….

Shiekh: Walaupun jika kita hantarkan katelog-ketelog itu ke seluruh pelusuk Asia. Eropah dan Amarika?

Duta: Ya!! Walaupun dimana sahaja di dunia ini… kerata itu takkan boleh digunakan kecuali dengan katelog yang sama, yang dicipta untuk kerata tersebut… selagimana kerata itu tidak berubah rekabentuknya….

Sheikh: Emm… walaupun kita keluarkan dari stor seratus buah kerata selepas sepuluh tahun? Adakah katelog itu masih juga sesuai digunakan?

Duta: Sudah tentu masih boleh digunakan… sebabnya, tidak pernah berlaku pengubahsuaian padanya…

Sheikh: walaupun kita keluarkan selepas 100 tahun? Sesuai lagi kah?

Duta: Sesuai lagi lah!! Selagimana tak diubahsuai!!

Sheikh: Yak ah? Bagaimana jika di keluarkan selepas 1400 tahun? Adakah katelog yang sama juga berguna dan masih boleh menhidupkan kerata itu?

Duta: Ya!! Selagimana tak berubah…

Sheikh: Jika begitu…. kalaulah katelog kerata yang telah dikeluarkan oleh kilang yang sama… sesuai untuk menghidupkan dan mengendalikan kerata dari jenis model yang sama… walaupun berbaza sudah zaman dan tempatnya…. Maka begitulah juga syariat dan agama yang datang dari sisi Allah ini… tetap berkait rapat dengan fitrah rekabentuk penciptaan manusia… dengan tubuh badan dan perasaan yang tidak pernah sesekali diubahsuai... Al-Qur'an dan Sunnah sebagai katelognya… Walaupun berubah zaman dan tempat…. Ia tetap juga sesuai untuk mengendalikan manusia yang diciptakannya… DIAlah yang mencipta manusia dan DIAlah juga yang paling tahu bagaimana untuk mengendalikannya… Al-Qur'an dan Sunnah ini akan terus sesuai dengan fitrah kejadian manusia…



Firman Allah:

30. Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang Telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. tidak ada peubahan pada ciptaan Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (Ar-Room/ayat 30).

Monday, May 18, 2009

CORETAN PERJALANAN


PELUANG KEEMASAN
Kisah ini berlaku hampir 20 tahun yang lalu. Ketika itu aku baru sahaja menjangkau umur 8 tahun. Abah bertanya dan berbincang denganku. Katanya minatkah aku kiranya die ingin menghantarku jauh dari keluarga. Mahu menghantarku ke luar negara.

Terkajut aku apabila mendengar tawaran hebat itu. Tambahan lagi rasanya terlalu asing bagi seorang kanak-kanak yang sebaya denganku untuk bermusafir sejauh itu. Apa yang aku tahu Cuma aku akan ke suatu tempat yang begitu jauh dari keluarga. Dan akan hidup berdikari tampa keluarga disisi.

Bayangkan diwaktu usia yang belum benar-benar hijau lagi aku sudah ditawarkan untuk ke luar Negara. Di fikiranku jauh melencong. asalkan aku dapat naik kapal terbang, pergi ke Negara yang ada empat musim, dapat makan epal dan anggur, main salji dan sebagainya. agaknya sudah cukup menjadi sebab bagiku untuk kesana. Aku begitu gembira apabila diajukan soalan itu. segala bayangan tentang perjalanan pun mula berlegar dan berputar-putar di ruang kotak fikiranku. Fikirku, kapan lagi aku akan dapat fursah zahabiah sebegini. Pastinya takkan ada lagi peluang kedua.

Tampa berfikir panjang, aku terus sahaja membuat keputusan dengan gembira walaupun aku masih sebenarnya kurang jelas dengan suasana serta kejutan budaya yang bakal aku tempuhi disana. Begitu juga dengan tujuaan serta matlamat ku mengapa aku akan kesana pun aku tidak fikir sangat. Maka Perjalanan pun bermula………………………..
TO BE CONTINUED..... :)

note:- fursah zahabiah (peluang kemasan)

Friday, May 1, 2009

KETIKA CINTA BERTASBIH



Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitab ku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

OST Ketika Cinta Bertasbih

[*]
Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada-Mu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

[**]
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Kembali ke [*][**]

Cinta

Kembali ke [**]

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih


note:- cam best jer lirik lagu ni

Tuesday, April 14, 2009

LOMBONG EMAS DI BUMBUNG RUMAH



Assalamualaikum…….
Apa khabar semua sahabat-sahabat, pengujung serta peninjau yang tak sengaja lalu…. lamanya tak update blog ni… hehehe itulah pasal kan? orang nak berblog kita pun nak ikut sama!!!…. Last-last bertambahlah satu lagi blog yang terbengkalai kat ruang maya ni….

Ala kulli hall…. Alkisahnya, hari ni sebenarnya aku secara tidak sengaja terserempak dengan seorang sahabatku … siapa lagi kan kalau bukan syed ahmad… alih-alih dia yang aku jumpa.. macam seorang tu je kawan aku, sebenarnya kenapa dia? sebabnya sembang aku hari ni ada kaitan dengan syed…. setelah berbual panjang dan sesekali menyentuh segala isu-isu dalam dan luar Negara syed sekali lagi memberikan aku semangat serta galakan untuk meng-update kembali blog ni… tidaklah dengan ada posting muqaddimah jer… jadi sepulangnya aku kembali ke kedai lampu… lapas sahaja solat maghrib, jari jemari aku yang keras untuk dilentokkan ini pun mula membuka langkah kuda-kuda, memulakan tarian serta bunga pulut... otakku terasa kosong tidak berisi.. apa yang mahu dikongsikan ya?

SI LIUR EMAS

Ada satu ilmu yang mahu aku kongsikan hari ni . inilah tajuk yang diberi..

SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG.
Apa yang korang tahu tentang sarang burung ? agaknya dah ramai kot yang dah tahu . tapi apapun aku nak ceritakan jugak … Sebab aku nak isi blog yang dah sedia kosong ni kasi berisi sikit… jadi bagi yang dah tahu tu, oleh kerana anda sudah terlajjok singgah.... jadi, anda dipaksa juga untuk sama-sama membacanya…

Syahdan… maka tersebutlah kisah bahawa Jenis burung ini masyhur dengan gelaran WALET. Kata sifuku (pak fatech marzuki), nama walet berasal dari wallet iaitu dompet. Sebabnya, sarang walet yang dihasilkan dari liur burung layang-layang itu begitu tinggi harganya dan boleh membuahkan hasil yang cukup lumayan. Bayangkan sebiji sarangnya sahaja berharga dalam lingkungan 50 ke 60 ringgit. Itu harga sebelum ia di bersihkan… harga 1kg yang belum di bersihkan pula mencecah hingga 4 ke 5 'K'



Bidang ini sebenarnya baru sahaja diceburi oleh orang-orang melayu… sebelum ini rahsianya tersimpan rapi… tetapi cuma ada sebuah kota walet dipinggiran kota Surabaya Indonesia. Kota itu kebanyakan pengusahanya berketerunan melayu. Kata sifu, usaha membina sarang burung walet di kawasan itu telah bermula sejak tahun 1901. Jika sesiapa pernah kesana anda akan melihat banyak bangunan-bangunan peninggalan Belanda yang sudah ditukar menjadi sarang walet. Jika dikawasan lain kebanyakan pengusahanya milik kaum cina dan arab. Jadi meraka jaga rahsia ini supaya tidak dikuasai orang-orang tempatan. Jadi sekarang apabila sudah diketahui kaum melayu, orang melayu berlumba-lumba membangunkannya.

Dulu Selalu juga aku terbaca antara makanan termahal hidangan maharaja-maharaja cina ialah sup sarang burung layang-layang. pernah aku terfikir agaknya spisis burung ini seharusnya paling mudah membiak di tanah besar cina. Tetapi setelah dibuat kajian ia sebaliknya… rupa-rupanya sup maharaja kuno ini diperolehi zaman berzaman dari pelayar-pelayar cina yang berlayar dan berlabuh di kepulauan Borneo. Kepulauan yang padanya terletak gua Niah di Sarawak. Apa yang unik, burung ini hanya biasa didapati bersarang di sekitar beberapa Negara di asia tenggara . itu sebabnya sarang burung walet begitu mahal….SubhanAllah Tanpa kita sedar, Allah telah mencurahkan nikmat rezekinya yang begitu bernilai kepada kita. Alangkah luasnya nikmat Allah… sukar dipercayai, rezeki itu sedang berterbangan di langit… Terbayang aku kisah Bani Israel yang dikurniakan mannau wa salwa (manisan berkhasiat dari syurga) dari syurga ketika mengikut nabi Musa a.s melarikan diri dari kekejaman firaun.

Satu lagi perkara yang menarik aku nak suggest… bagi sesiapa yang mahu membina kediaman baru.. tengok gambar ini... rumah salah seorang engineer sarang walet di terengganu..di tingkat atasnya di upgrade dengan sarang walet...fikirkanlah seluruh ruang kosong di dalam atap rumah anda.. begitu luas dan tidak dimanfaatkan. Rasanya agak rugi jika tidak dimanfaatkan… mana tahu kan!! Hanya selepas lima atau enam tahun anda boleh melombong liur emas ini di bumbung rumah sendiri …..

p/s: emmm...heheh ada sesiapa berminat nak cuba bina sarang burung walet ke?.....

Friday, February 27, 2009

cuba-mencuba

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum…….


Hari itu aku dipinta oleh seorang sahabat baik ku Syed Ahmad namanya. Di pintaku untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidupku. Sebenarnya bukanlah suatu yang begitu besar. Hanya mengajak aku untuk berkecimpung sekali dalam dunia blogger. Dalam rasa taraddud dan iringan rasa kurang yakin pada diri sendiri aku terfikir apa salahnya jika aku mencuba.

Dulu aku berfikiran mengapalah hendak diceritakan kepada awam tentang buah fikiran kita dan pengalaman peribadi kita? Sengaja mendedahkan diri untuk ringankan perasaan, bersedia mendapat teguran serta kritikan dari pengunjung-pengunjung blog yang kadangkala ringan mulut untuk memberikan kutukan… apabila diutarakan soalan itu pada Ahmad, salah seorang sahabat saya yang sudah lama berkecimpung dalam dunia ber-blog ini. Cuma satu jawapannya mudah, "ceritakan saja tentang sesuatu yang kita suka", mengapa pula ada perasaaan terpaksa…. Jadi tulis itu Cuma santai-santai saja… orang akan rasa senang membaca tulisan yang ikhlas yang datang dari hati penulis, kata orang dari hati jatuh ke hati kan?
Jadi oleh kerana ini posting pertamaku dan aku pun sememangnya tidak tahu di garisan mana harus aku mulakan… hari pun sudah senja. Laungan muazzin pun sudah sayup-sayup kedengaran melaungkan panggilan kepada manusia, seruan kejayaan untuk hamba-hamba Allah yang bersaksi beriman kepada Allah dan Rasulnya …
Moga permulaan ini menjadi permualaan yang baik untuk ku dalam mencuba sesuatu yang "baru"…. 


Note: Jumpa lagi di lain posting… 